Thursday, January 22, 2009

Mencarut di subuh hari.

Kedengaran gemersik tasbih,
Bermukim di sudut cadar putih,
Aku menghembus segala jerih,
Memeluk kenikmatan yang diraih,
Dan mencium aroma kasih.

Di balik kesepian wad usang,
Aku mengisi kecerdikan yang kurang,
Menyuluh kegelapan yang terang.

Kata-kata itu bukan ukuran,
Cita itu tiada batasan,
Kalau mampu aku ukirkan,
Senyummu pastinya di pentas karyawan.

Usah lancang mengorak bicara,
Jikalau tiada mengerti rasa,
Jangan tubuh kasar bersuara,
Kiranya akhlak angkuh memelihara.

Peluru hujahmu berderum cergas,
Setiap saat, takkan pernah aku cantas,
Moga merasa panas,
Akan ketajaman akal yang tangkas,
Moga aku lemas,
Dalam lautan sindiran penuh bernas,
Masa, mengapa menghakis pantas?

Aku ingin kembali,
Dihujani tohmahan murni,
Kembali memiliki sesuatu yang pasti,
Kembali merenung keheningan pagi,
Kembali memangku kedamaian hakiki.


Hak cipta terpelihara,
Juliana N. Edgar



Hahaha siapa faham ke-merepek-an ni, mmg aku tabik springgg!

16 comments:

kuzaf said...

i paham
haa mne spring!?

SHADAN HJ OTHMAN said...

salam,
dalam maksud tu...baik.........

Juliana Edgar said...

Tengok kt tayar kereta you
cuba cari apa punca pancit.

Trm ksh (:

budak jahat said...

i paham la jue ;)

Shahrul Azry said...

anta je CORETANKECIL u ni ke mane buku teks skolah mengah kompom msuk spm 2010 ;)

Juliana Edgar said...

Aww really? *Tersengih gedik jap*
Wakaka. Tabik springgg! XD


Ek enen promote nama blog sendiri nmpk.
Skolah MENGAH? I tw ada sek rendah ngan menengah je. Peh power aa you, mengah tu sek mana?
2010 takde spm dh.

Poison Flower said...

gila. lu blh berpuisi ke? jadi org seni ah pasni.

Juliana Edgar said...

Berpuisi la sgt.
Carutan repekan nih

Shahrul Azry said...

ha3 salah taip la :P

budak jahat said...

carutan adalah menyeronokkan!

i like!

Juliana Edgar said...

Eleh2 pandai en cover line. Fine laaa, salah taip laa. Haha X)

Jom kita jgn mencarut dh. Kita mgarut je pasni.

chuel said...

fulamak tabik spring! toing.

Shahrul Azry said...

oke pasti leh parut2 :P

budak jahat said...

tu la, tak baik la mencarut jue =P

adnaezsis said...

Hak cipta terpelihara,
Juliana N. Edgar

haaaa....
btul x??
tabik spring skarang!
hehehehe

-oNe-

KudeeN said...

rindu dow tengok u conteng2 buku tup2 da siap 1 poem cey