Tuesday, January 13, 2009

Kian hilang . .

Aku ingin pergi. Pergi mencerna sesuatu yang baru.

Dunia baru.

Mengembara merentas masa. Melayari keindahan bersama.

Ya. Aku kepingin semua itu.

Bernafas penuh bebas.
Bersuara penuh rasa.
Berfikir penuh tegas.
Berdiri penuh sasa.

Mampukah?

Berputar laju tanpa batas. Berbisik halus penuh tangkas.

Manusia, kian hilang pedoman. Pendapat, kian hilang pandangan.

Setiap bicara penuh gah, setiap bait disulami helah.

Kata-kata kian berbenangkan dusta.

Kembali lah ke asal yang asli. Kembali lah menyuci diri.

Jangan hebat menyanjung nun sana, sedangkan mereka sekadar bersandiwara.
Ungguli dunia, teraju segala.

Aku ingin hidup yang jitu. Aku ingin suasana membiru.

Ketenangan, kapan kah kau milik ku?

7 comments:

budak jahat said...

i rasa ketenangan akan mudah dimiliki dengan menjadi seorang yang ignorance. but as a human, in the sickening world we're livin today, tranquility is juz a fantasy.. i think.

chentakatakata said...

sayang ini u bikin sendiri kahh?
kaluu yaaa,kudos buat kamu.!

Biella said...

sounds nice . =]

Juliana Edgar said...

Exactly. Bet so :/

Yeap Yun, hak cipta terpelihara yo
haha

Piece of crap X)

Poison Flower said...

hahaha,

ya aku milik mu! haha

Juliana Edgar said...

HAHAHA bajet tenang!

MELL said...

weyh rase cam nak nagis bace.