Wednesday, January 21, 2009

Sisipan lewat malam Pt.2

Berseorangan dalam wad.
Patient lain semua ada, tapi semua pun dah tido. Aku je yg masih tak dapat lelapkan mata.

Seharian di hosp buat aku menilai.
Merenung.
Dan mencermin diri.


Kematian itu pasti.


Di luar sana, semua berlumba mengejar segalanya.
Bekerja tak kira masa, penat itu tiada makna.
Tamak adalah raja. Haloba bertakhta.

Tiada istilah mengalah, tiada istilah lelah.


Namun bila badan mula sakit, sendi mula perit,
maka batin mula menjerit.
Keinsafan mula hadir, kesedaran mula terzahir.


Tikar sembahyang mula dibentang, kekerdilan mula datang.
Akal bongkak mula sujud, hidup mula penuh hudud.
Manusia mula kenal tuhan, mula mencerna ajaran.
Agama yg dulunya sekadar luaran, kini mula menjadi pegangan.
Keluarga yang dulunya sekadar sandaran, kini pemancar harapan.


Aku sedar, manusia berubah. Aku.. aku harap aku tak.
Berubah lebih baik, yeah siapa taknak. Cuma harapnya,
jangan lah aku lupa family.
Lupa kawan.
Dan paling penting,
lupa diri.


Cakap memang senang. Masa depan, tiada siapa yg mampu meneka. . Namun sungguh. Semakin pemikiran melebar, semakin ketakutan tersebar.
Takut akan kesenangan yang mampu melalaikan.
Takut. Akan kegirangan yang mampu menyesatkan.

Takut. . akan kehidupan yang mampu mematikan.

6 comments:

LANtai mop said...

penuh makne...cekgu bg 5 bintang... semoge ibumu cpt pulih..

Shahrul Azry said...

he3 macam khalil gibran :)

Juliana Edgar said...

5 bintang je?


Weh you jgn maen2, dulu ada skandal2 tuu.
:p


Dear bloggers,

Exaggeration is truth that has lost its temper.

By ; KG.

Poison Flower said...

serius, terbaik beb.kali ni gua respek!

LANtai mop said...

5adelah max..cekgu sngt malas nak lukis bnyk2...

-hakimah.iskandar* said...

yeah, i hope for the same thing too :)