Saturday, January 10, 2009

Sisipan lewat malam

Dulu, aku suka kawan. Ikut la perangai kau macam mana pun.
Janji satu kepala, kamcinggg. Aku sentiasa suka kawan.
Hari ni lepak dengan geng A, esok movie dengan geng B,
hari ni lunch dengan budak baik nerd semua, esok bowling dengan spesies gelak vol up habis.
Konklusinya, tak kisah kau bertudung ke, seksi maut ke, alim habis, non muslim,
family bermasalah, kaya, miskin, gedik, gay, blablabla ;
asal kau ok aku ok, kita pn okayyyyy.

Kawan. .

Tapi tu dulu. Sekarang entah apa masalah otak.
Aku dah macam benci manusia. Lebih selesa duduk sorang2, on laptop, taip merapu.
Mic Word dah jadi bestfriend baru. Memanjang aku save dalam file, tanpa sebarang sebab yg pasti.
Diari lappy, coretan diri, segalanya menjadi tatapan hati. Sepanjang aku cuti, aku sedar akan banyak benda yg sepatutnya aku telah lama sedar.

Aku rasa nak menjerit. Luahkan semua. Mungkin pd dunia. Mungkin pd manusia yang kian hari kian lupa diri. Mungkin pd mereka yang telah pun ego kuasai. Dan mungkin juga pd diri sendiri, atas kesamaran jati diri.

Semua berlumba mengejar populariti, mengejar keselesaan pergaulan diri, mengejar puncak hari ini. Baik dalam kehidupan realiti, mahupun fantasi, aku tidak kenal sesiapa lagi. Rapuhnya hak asasi, runtuhnya nilai kendiri.

Aku semakin tidak kenal siapa kawan dan siapa lawan. Mereka yang sentiasa aku sayang, selamanya aku sayang. Mungkin seorang dua, dah jauh berubah, namun selamanya aku ingat, mereka pernah menjadi antara yang terbaik dalam hidup.

Aku tak tahu, dan mungkin tak pernah tahu, sebolehnya tak ingin tahu. Setiap integriti, apakah wajar atau tidak. Setiap cela, apakah hina atau tidak.

Pemikiran berterusan, imaginasi berlanjutan. Apakah cahaya dan mentari masih tegar berpacaran?

8 comments:

Shahrul Azry said...

manusia mmg begini!
bile ego mnguasai diri

Juliana Edgar said...

:/

chuel said...

i tag u yo!

Juliana Edgar said...

Terharu ah!

HAHAHA jap

budak jahat said...

people do change... in juz a blink of an eye. nuthin' we can do about it n i'm really tired of diz

Juliana Edgar said...

Exactly

KudeeN said...

jue..jue..kalau dapat bkarya, fuh bahse abis powerr!

Juliana Edgar said...

Haha I ingt ayat tuuuuu!
Jgn nk ulang tyg cite lama tu weh!
XD