Friday, February 6, 2009

Bodoh?

Aku bersetuju dengan pandangan penulis Muhammad Azli Shukri mengenai isu boikot produk KFC.


"
Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya. "
Tersebut merupakan pepatah Arab. Bukan hadis nabi.
Tapi ya, banyak kebenaran yang dapat disingkap dari pepatah tersebut. Manusia skrg mudah memberi hukum tanpa usul periksa. MENGAPA? APA GUNA MINDA KALAU BUKAN UNTUK DIOLAH KEBIJAKSANAANNYA?

Isu
memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, mmg aku setuju ia dilaksanakan, tapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah la doh. Bukan dengan membuta-tuli dasar main semberono atau berlandaskan kejahilan.
Umat Islam lemah kerana sifat ingin tahu yg terlalu rendah. Nk mencari ilmu pun kita malas, apatah lagi utk menggali jauh hal-hal kecil sebegini yg mampu memberikan impak besar pada umat sejagat. Kita lebih gemar mendengar khabar angin, drpd menyelidik sejauh mana kebenarannya. Percayalah, sedikit sebanyak kebodohan ini bakal membawa kita ke gaung kehancuran. Manusia bakal binasa jika akal tidak berlandaskan pemikiran yang benar. Aku bukan menuduh sesiapa, sbb aku juga bukan sempurna. Namun selagi aku masih mampu memaparkan apa yg benar, aku akan buat.

Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran. Entahlah secara terancang, ataupun sekadar menjadi ikutan semata. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.

Kita, lebih gemar mendengar khabar angin, daripada meneliti realiti.Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammad Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan
KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.

Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang, kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen memboikot rokok? Tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? Membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.

KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.

Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? Memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin?

Ditegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.

Oleh yang demikian, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.

Renungkanlah. Ini bukan bertujuan untuk memerli sesiapa, mahupun menyakiti hati mereka yg bertanggungjawab. Namun sekadar ingin membuka luas pandangan, dan melebarkan jangkauan pemikiran.

22 comments:

kuzaf said...

apa agi i turun melka esok jum kfc dow!

Shahrul Azry said...

ha3 mmg bodo!
pkai suda!

vidadarisakura said...

nasib baik aku boikot dalam kurungan pura2...
lalala

Juliana Edgar said...

Kuzaf : Jom. Yes pokai la you nnt nk blnja I, I nk mkn banyakkk!


Shah : Apa ni mcarut bodoh2 ni? Sape ajar nii? Hish.


Vida : Haha so kira boikot ke tk tu? Msti tk. Dlm bilik balun kfc jugakkkk. Kan kan. HAHA (:

Budak Panjang said...

rokok tak halal dimakan jue.. tapi kalau dihisap tu mungkin oke sket kot =P

*aduh, da la baru beli ashtray. kalau boikot ashtray kire oke x?*

LANtai mop said...

bikot mcd xpe..kfc xwajar diboikot begitu juge rokok..

Hadi said...

lolz.... boikot jer kfc wehhhh...... perabih duit jer mkn kfc nih... baek aku mkn ayam mak aku masak

Shahrul Azry said...

vida,bdak panjang dan jue yg ajar! ;)
i budak hingusan..baru amik pmr thun ni ;)

Juliana Edgar said...

BP : Halal la makan. Hisap tu yg haram. Lps ni mkn je yeah?


LAN : Asal rokok tk wajar diboikot? *Muka mcm budak drjh 1 tny soalan*


HADI : Ok pasni kitorang pn mkn ayam mak kau masak je.


SHAH : Weh sedar diri sikit. ANAK you yg amik pmr, amboi2 perasan melampau. HAHAHAHA

Budak Panjang said...

oo i tak penah plak try makan.. ntah2 sedap kan, japgi i try makan =P

Juliana Edgar said...

Ok bl dh mkn nnt bgtw. Nk tgok jgk hidup lg ke tk.

Budak Panjang said...

da makan da. memang sedap dan bergetah. hidup sehat jek ni! ;)

Shahrul Azry said...

merokok haram ke??
fatwa di negara israel ape?? ;)

Juliana Edgar said...

BP : Oh. Tahniah nak!


SHAH : Lama dh haram jgn gedeeekkk nk tny mrepek eh
sumbat kerepek masuk hidung br tw.

Budak Panjang said...

time kasih mak!

Juliana Edgar said...

Bl masa kau kawen dgn anak aku?

Budak Panjang said...

smalam =P

Budak Panjang said...

smalam =P

Juliana Edgar said...

Pen-tipu. Smlm dia br bsalin daaaa. Oo kau buntingkn dia bfore kawen eh!
*Tgh cr parang*

aainachentak said...

ahaa isu ini mmg aku akui aku pown penah buat silap.mujur aku dpt e-mel dr srg sahabat bru aku tau cter betul.aishh..

susa utk pastikan mne yg betul skrg.boikot buta-tuli.ahah.. :)

aainachentak said...

ahaa isu ini mmg aku akui aku pown penah buat silap.mujur aku dpt e-mel dr srg sahabat bru aku tau cter betul.aishh..

susa utk pastikan mne yg betul skrg.boikot buta-tuli.ahah.. :)

mujahid4869 said...

assalamualaikum
mekasih bnyk2 kerana msk ke web saye baru2 ni
tertarik saye.awk ade web yg baik.
cume saye lebih tertarik untuk memberi sedikit respon mengenai isu boikot brg yahudi laknatullah
saye menuliskn berdasarkan muslim dgn muslim, kl dgn non muslim len plk care
base pade fatwa yg pernah dikluarkn oleh yusof qhardawi: 'Fatwa Dr. Yusuf Qardhawi: " 1 Rial (Ringgit) Untuk Produk AS, Sama Dengan Satu Peluru Untuk Tubuh Saudaramu di Palestine"

http://www.geocities.com/arahkiri2002/lojika.htm

ape yg ingin saye kate just boikot brg2 yahudi spt isu kfc ini untuk membantutkan sebarang sumber kewangan pade yahudi. terbukti kfc, carefore, beberape brngn len yg menyokong yahudi ini

http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/yahudiboikot.html

mmg akn memberi share keuntungn last syarikat pde yahudi..duit2 tu la yg diguna tuk beli senjate2, serng dan bunuh palestin...