Thursday, July 30, 2009

Ibu dan sepuluh anaknya

Malam itu kulihat ibu membuka penutup tin yg diletakkan di penjuru rumah. Ibu mengocang-goncang dan meraup butiran beras di dalam tin itu. Hanya ada dua tin susu sahaja yang berbaki. Beras sudah habis rupanya. Pada siapa hendak ibu mengadu? . . Ayah? Aku tahu, ibu tidak mahu memikirkan perkara itu.
Ibu mengerling ke arah kami yang masih belum makan. Kuperhatikan ibu mengambil sedikit beras dari dalam tin susu itu, kemudian dimasukkannya ke dalam periuk. Air dituang sehingga penuh. Setelah hampir setengah jam , ibu masukkan ke dalam sepuluh buah pinggan yg sudah tersedia.
Bubur nasi itu berasap. Seorang demi seorang anaknya dipanggil sehinggalah adik kami yang paling bongsu. Makanlah kami sepuluh beradik sehingga pingan licin bersih. Malam itu kami tidur dgn nyenyak.
Pagi, kami bangun untuk bersarapan dan aku perhatikan, ibu menyalakan api untuk memasak. Ibu mengambil baki beras di dalam tin susu. Sekali lg ibu membuat bubur yang cair.
Seperti semalam juga, kami menghirup bubur sehingga habis. Bubur itu walaupun cair, kurasakan begitu enak sekali. Kami mengadu tidak cukup tetapi kulihat ibu menyibukkan dirinya membasuh pinggan dan periuk. Ibu seperti tidak mahu melayan permintaan kami.
Tengah hari jua begitu. Bubur nasi yang cair untuk kami sepuluh beradik. Setiap kali waktu makan, aku perhatikan ibu pasti menadah tangan bersyukur anak-anaknya tidak kebuluran. Mungkin ibu bersyukur berkat hari ini kami dapat menyambung nyawa untuk sehari dua lagi. Mungkin juga ibu bersyukur kerana walaupun hidup miskin dan susah, tetapi kami tiada meminta-minta. Kemudian aku lihat ibu berpaling ke belakang.
Masuk hari ketiga, kakak sulung memandang ke arah ibu yang sedang duduk membelakangi kami adik beradik. Tiada aku menyangka, kakak juga perasan ibu akan membelakangi kami sewaktu menikmati bubur cairnya. Yang kedengaran hanya bunyi sudu bersentuhan dgn mangkuk.
Aku tidak tahu kenapa. Adakah ibu mahu makan sendirian dan tidak mahu digangu? Atau ibu tidak sampai hati untuk menatap wajah kami yang sedang kelaparan?
Perlahan-lahan kakak mengengsotkan badan mendekati ibu. Alangkah sedihnya kakak apabila melihat rupa-rupanya ibu hanya melaga-lagakan sudu di dalam mangkuknya yang sebenarnya kosong. Tiada walau sebutir bubur pun di dalam mangkuk ibu.
Kakak segera berbisik kepada kami yang duduk di sekelilingnya. Adik-adik yang lain turut berbisik cerita yang sama sehinggalah kepada yang bongsu. Kami seramai sepuluh beradik kemudian sepakat memberikan sesudu bubur nasi untuk ibu.
Kami sedih. Kami tahu ibu sedang kelaparan, namun ibu tidak mahu memberitahu kami. Ibu berkorban untuk kami. Ibu sengaja melaga-lagakan sudunya dengan mangkuk bagi membohongi kami seolah-olah ibu juga sedang menikmati bubur nasi yang dimasaknya.
Setelah semua menghadiahkan sesudu bubur, kakak mengengsot mendekati ibu lalu menghulurkan semangkuk bubur cair yang kami kongsi tadi.
"Makan lah mak!" kata kakak. Perlahan
ibu berpaling memandang kakak. Tanpa menyentuh mangkuk yang dihulurkan, ibu bingkas bangun lalu terus berlari ke bilik dan menutup pintu. Kami hanya mampu melihat titisan-titisan air mata ibu berciciran di lantai sehingga ke pintu.



. . Seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak. Tp mampukah sepuluh anak menjaga satu ibu . .

2 comments:

AyNa.NMK~ said...

awww..sedeyh jee cerita tu jue:(( huhuhu..terkesima sebentar.

khucaie said...

mother..the greatest person!