Salam tersayang buat yg tersyg,
Anakanda kini sedang bersila terkangkang di lantai bilik memandangkan internet point agak cacat, dan kerana itu juga anakanda tidak berkesempatan utk mengapprove serta mereply comment-comment durjana oleh rakan-rakan sekalian.
Bilik kelihatan okey, sebaik sahaja anakanda melangkah masuk petang tadi, aroma harum menyerbu lubang hidung. Mmg harum, bukan harum yg perli-perli. Kelihatannya roomate anakanda seorg yg sungguh pembersih, semestinya kontras dengan anakanda.
Ayahanda, terima kasih kerna menghantar anakanda, dan menyelesaikan segala jenis mcm urusan yg perlu diuruskan. Sesungguhnya MMU mmg pemalas tahap dewa gaban dengan berbagai jenis perkara yg telah diupgradekan dan telah menyukarkan urusan kita, namun Alhamdulillah akhirnya selesai juga segala urusan jual beli, eh urusan pertukaran kursus ijazah, dan kini anakanda kembali menuntut ilmu di Tembok Besar Negeri MELAKA. Semoga ayahanda selamat pulang ke rumah tangga, eh rumah kita, Amin.
Jam kini menunjukkan pukul 11.55 malam. Anakanda tidak keluar makan mlm dek kemalasan yang taksub untuk menukar baju dan membawa beg berjalan sana sini, maka anakanda memutuskan untuk duduk di bilik dan mengutus warkah berlagu pilu buat keluarga sambil mengenyangkan perut dengan Coldplay.
Anakanda telah berjumpa Syam si gadis yang amat dirindui dan kami telah menjerit memeluk dan meng-gelak sekuat hati utk beberapa jam yg lalu.
Apabila kembali berada di sini, anakanda sesungguhnya amat merindui teman-teman se-Foudation dahulu, Hana Maisarah Amira June Hanim Arena Azuwa Tek Mimi Nisa dan byk lg. Ke mana anakanda pergi, pasti ada kenangan yg mengimbau, terutamanya kenangan bersama Hana Amira Maisarah.
WEY DTG LA SINI WEY TAK RINDU AKU KE DOH.
Tp semestinya, anakanda lebih lebih lebihhhh sgt merindui rumah. Bagaimana adinda Ammar? Masih belajar Bahasa Melayu kah? Haih selalu broken Malay. Bagaimana adinda Jasmin? Pasti kesepian di bilik tanpa anakanda bergelak hilai ketawa. Bagaimana bonda Mama? Semoga cepat sembuh. Bagaimana ayahanda Papa? Sudah sampaikah? Anakanda doakan yang terbaik buat kalian.
SUMPAH RS MCM NK BALIKKKK WEYYY MEMBER SEMUA PN DH BLAH CYBER HUWAAA RINDU SIAL DTG SINI BALIKKK!
Sekian,
anakanda ingin berkabung diri dalam selimut dan berazam utk bangun subuh.