Tuesday, February 17, 2009

Valentines 09

We werent celebrating it.
We were just juggling with some fun, and chilling around mcm biasa.
So tak kira celebrate la kan? Kan? :p


It was fun (:
We went fr movie, HOUSE OF HORROR. Funfair. Dinner kat McD. Hehe. We went to Cube, Pure, and Aloha. And threw a surprise party fr Moyani. BEST GL AN WEH BIRTHDAY DIA TIME VALENTINES, phewwit. :DD


Muka peluh

Rumah Hantu :p

Azuwa & Atheerah ; McD

Pure

Happy Birthday Moyani!


Pheww. Wht a weekend. Anyways, it was nice seeing you girls again.
Arggh how I missed hanging around with bunch of girlfiriends.

Saturday, February 7, 2009

The Curious Case of Benjamin Button.

SEDIH DOH ! Lama dh tunggu keluar cite ni, tp Msia mmg almaklumnya terkenal dengan kehegeh-hegeh-an menayangkan movie di cinema. Cite tu agak slow aa dan ada masanya rs mcm nk gi recess dulu jap pastu baru smbung tengok.
Pape pn layan ah! Aku menangis serupa Shah bl tk dpt ngorat kak nurse! ( ERRRKK? )

Friday, February 6, 2009

Bodoh?

Aku bersetuju dengan pandangan penulis Muhammad Azli Shukri mengenai isu boikot produk KFC.


"
Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya. "
Tersebut merupakan pepatah Arab. Bukan hadis nabi.
Tapi ya, banyak kebenaran yang dapat disingkap dari pepatah tersebut. Manusia skrg mudah memberi hukum tanpa usul periksa. MENGAPA? APA GUNA MINDA KALAU BUKAN UNTUK DIOLAH KEBIJAKSANAANNYA?

Isu
memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, mmg aku setuju ia dilaksanakan, tapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah la doh. Bukan dengan membuta-tuli dasar main semberono atau berlandaskan kejahilan.
Umat Islam lemah kerana sifat ingin tahu yg terlalu rendah. Nk mencari ilmu pun kita malas, apatah lagi utk menggali jauh hal-hal kecil sebegini yg mampu memberikan impak besar pada umat sejagat. Kita lebih gemar mendengar khabar angin, drpd menyelidik sejauh mana kebenarannya. Percayalah, sedikit sebanyak kebodohan ini bakal membawa kita ke gaung kehancuran. Manusia bakal binasa jika akal tidak berlandaskan pemikiran yang benar. Aku bukan menuduh sesiapa, sbb aku juga bukan sempurna. Namun selagi aku masih mampu memaparkan apa yg benar, aku akan buat.

Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran. Entahlah secara terancang, ataupun sekadar menjadi ikutan semata. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.

Kita, lebih gemar mendengar khabar angin, daripada meneliti realiti.Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammad Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan
KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.

Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia, tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang, kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen memboikot rokok? Tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? Membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.

KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.

Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? Memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin?

Ditegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel.

Oleh yang demikian, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel. Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.

Renungkanlah. Ini bukan bertujuan untuk memerli sesiapa, mahupun menyakiti hati mereka yg bertanggungjawab. Namun sekadar ingin membuka luas pandangan, dan melebarkan jangkauan pemikiran.

Tuesday, February 3, 2009

Toyol Aku Gempak (TAG)

Di tag oleh si budak BAIK, yeah layan la kalau tak nnt takut dia emo almaklumla sejak rambut dh masuk kubur. Hahaha weh jgn marah doh :D:D:D *buat muka comel yg dh serupa reban ayam*



5 Fakta Tentang Diri :

- Gila ManUtd
- Bawak Sudoku merata
- Asyik create poems eventho br sikit yang brjaya dihntar dn diterima pihak publisher
- Bnci Maxis tp masih guna
- Gelak kuat gila dan suara pecah gegendang tlinga


5 Perkara Menakutkan Dlm Dunia :

- Hlg family
- Lupa tuhan
- Bodoh melampau
- Lupa diri
- Hlg tht blue book


5 Lagu Buat Masa Skrg :

- Sam Bradley's
- Sam Bradley's
- Sam Bradley's
- Sam Bradley's
- Sam Bradley's
*Dh nama pn tgh lyn CD dia*


5 Perkara Yg Slalu Disebut :

- Astaga
- Alhamdulillah
- Allahuakbar
- Assalamualaikum
- Amin
HAHAHAHAHAHA MMG YAAA LAAA SANGATTT :p


5 Perkara Yg Amat Bernilai :

- Nazrul Edgar
- Zuraidah Yusoff
- Jasmin & Ammar
- Bestfriends
- My car



5 Perkara Prtama Kali Dlm Hidupku :

- Masuk Beta Year
- Tk brsmgt utk lepak fr the 1st day bukak sem
- Accident
- Hostel *HAHAHA*
- Pergi cls scara unofficial :p
AH POYO POYO POYO


5 Blog Yg Nk Di-Tag :

Sekali skala tk nk tag sape2
XD


Monday, February 2, 2009

Warkah buat kalian yg dirindui.

Salam tersayang buat yg tersyg, Anakanda kini sedang bersila terkangkang di lantai bilik memandangkan internet point agak cacat, dan kerana itu juga anakanda tidak berkesempatan utk mengapprove serta mereply comment-comment durjana oleh rakan-rakan sekalian.
Bilik kelihatan okey, sebaik sahaja anakanda melangkah masuk petang tadi, aroma harum menyerbu lubang hidung. Mmg harum, bukan harum yg perli-perli. Kelihatannya roomate anakanda seorg yg sungguh pembersih, semestinya kontras dengan anakanda.
Ayahanda, terima kasih kerna menghantar anakanda, dan menyelesaikan segala jenis mcm urusan yg perlu diuruskan. Sesungguhnya MMU mmg pemalas tahap dewa gaban dengan berbagai jenis perkara yg telah diupgradekan dan telah menyukarkan urusan kita, namun Alhamdulillah akhirnya selesai juga segala urusan jual beli, eh urusan pertukaran kursus ijazah, dan kini anakanda kembali menuntut ilmu di Tembok Besar Negeri MELAKA. Semoga ayahanda selamat pulang ke rumah tangga, eh rumah kita, Amin.
Jam kini menunjukkan pukul 11.55 malam. Anakanda tidak keluar makan mlm dek kemalasan yang taksub untuk menukar baju dan membawa beg berjalan sana sini, maka anakanda memutuskan untuk duduk di bilik dan mengutus warkah berlagu pilu buat keluarga sambil mengenyangkan perut dengan Coldplay.
Anakanda telah berjumpa Syam si gadis yang amat dirindui dan kami telah menjerit memeluk dan meng-gelak sekuat hati utk beberapa jam yg lalu.
Apabila kembali berada di sini, anakanda sesungguhnya amat merindui teman-teman se-Foudation dahulu, Hana Maisarah Amira June Hanim Arena Azuwa Tek Mimi Nisa dan byk lg. Ke mana anakanda pergi, pasti ada kenangan yg mengimbau, terutamanya kenangan bersama Hana Amira Maisarah. WEY DTG LA SINI WEY TAK RINDU AKU KE DOH.
Tp semestinya, anakanda lebih lebih lebihhhh sgt merindui rumah. Bagaimana adinda Ammar? Masih belajar Bahasa Melayu kah? Haih selalu broken Malay. Bagaimana adinda Jasmin? Pasti kesepian di bilik tanpa anakanda bergelak hilai ketawa. Bagaimana bonda Mama? Semoga cepat sembuh. Bagaimana ayahanda Papa? Sudah sampaikah? Anakanda doakan yang terbaik buat kalian.
SUMPAH RS MCM NK BALIKKKK WEYYY MEMBER SEMUA PN DH BLAH CYBER HUWAAA RINDU SIAL DTG SINI BALIKKK!
Sekian, anakanda ingin berkabung diri dalam selimut dan berazam utk bangun subuh.